Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Wednesday, December 15, 2010

Utusan Online ketujuh paling popular dilayari

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Utusan Online tersenarai sebagai laman web tempatan ketujuh daripada 30 laman web paling popular dilayari oleh pengguna Internet di negara ini, bagi bulan November lalu.
Agensi penyelidik, Effective Measure dan Persatuan Digital Malaysia (MDA) yang mengeluarkan laporan ranking itu dalam kenyataan hari ini memberitahu, kesemua laman web yang tersenarai berkenaan dilayari oleh lebih 17 juta pelayar Internet seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan kedudukan keseluruhan 30 laman web tempatan dan antarabangsa paling popular, Utusan Online menduduki tangga ke-14 paling dilayari.
“Laman sosial, Facebook muncul sebagai laman web antarabangsa paling popular dilayari di negara ini, manakala tempat pertama dalam ranking laman web tempatan adalah Mudah.my," kata kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan itu berkata, laman web hiburan yang bercirikan muzik, gosip dan artikel mengenai berita hiburan banyak menarik minat golongan muda, terutamanya wanita.

Antara laman web tersebut adalah hitz.fm, Cari Entertaiment, Manggaonline, Murai.com.my dan MSN Entertaiment.
Peratusan pelayar Internet wanita yang melayari laman tersebut ialah antara 55 hingga 75 peratus iaitu lebih daripada purata rakyat Malaysia. - Utusan

pemudatg kata: Syabas Utusan ! Teruskan berjuang..
Pembaca setia sejak dari kecil..

No comments:

Post a Comment