Minyak naik lagi......Gula naik lagi......Gas naik lagi......
Seperti mana yang dilaporkan di semua media massa.....harga barangan diatas masih lagi murah berbanding dengan negara jiran serantau. Hem....lengkap dengan statistik bagi menerangkan kadar harga serantau.
Tapi apakah ini yang di mahukan oleh Rakyat? Apakah ini "feedback" atau maklumbalas yang diterima dari kalangan rata-rata Rakyat?
Sekiranya pihak Pemandu telah mengambil kira semua aspek dari kesan kenaikan global. Apakah kesan dari sudut aspek politik, masyarakat dan kenaikan harga-harga barangan keperluan semasa telah dikaji secara mendalam, terutama sekali pada saat-saat hampir PRU13?
Apakah tindakan ini tindakan popular? Ramai mengatakan pahit itu ubat, tetapi manis juga boleh menjadi ubat.
Bukan menidakkan situasi globalisasi, tetapi apakah langkah-langkah jangka panjang yang perlu difikirkan oleh Pemandu dari aspek menangani dan mengurangkan harga barang yang semakin meningkat.
Sekiranya hanya mengatakan bahawa kenaikan ini akibat dari kesan kenaikan harga pasaran dunia semasa, budak lulusan SPM pun pasti boleh memberikan alasan yang serupa.
Pemudatg percaya pada kebolehan yang ada pada Pemandu yang pasti nya boleh memikirkan strategi yang lebih menarik dari hanya melaporkan kenaikan harga di Malaysia.
Bagaimanakah pihak Kerajaan dapat mengurangkan penggunaan minyak sebagai contoh dengan memperkenalkan kenderaan mesra alam dan kurang penggunaan minyak.
Pemandutg kata: Nampak gaya nya nih....tak boleh ON la Vtec aku......slow-slow....
No comments:
Post a Comment