Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Thursday, December 9, 2010

Piala AFF: Vietnam jumpa Malaysia, Filipina bertemu Indonesia

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Skuad kebangsaan Vietnam mengungguli kumpulan B Kejohanan Piala Suzuki AFF setelah berjaya menewaskan Singapura 1-0 dan pada perlawanan akhir peringkat kumpulan semalam sementara Filipina dan Myanmar sekadar memperoleh keputusan seri tanpa jaringan.

Bermakna pada perlawanan separuh akhir selepas ini Juara kumpulan B Vietnam akan bertemu naib juara kumpulan A iaitu Malaysia manakala Indonesia bakal menentang Filipina pada peringkat sama minggu hadapan.

Pada perlawanan separuh akhir Malaysia akan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Disember ini manakala Indonesia akan berkunjung ke Filipina untuk menentang pasukan tuan rumah. - Utusan

pemudatg kata: Patah sayap, bertongkatkan paruh...Berjuang tetap Berjuang Malaysia ! Yang best nye apa tau......Singapore dah kantoi...hu hu hu. 
Apa kata kawan2...Hip2 Horey 3kali.
Ingat ha...jgn lebih 3 kali...hip2 horey nya..Itu pesan.. P.Ramlee yang punya. Apa senyum2? Baca dalam hati je.

No comments:

Post a Comment