KUALA LUMPUR 12 Dis. – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Ramli Norani diumum sebagai pemangku jawatan Ketua UMNO bahagian itu berikutan penyandangnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kini berhadapan dengan kes tuduhan rasuah di mahkamah.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia berkuat kuasa serta merta sehari selepas Mohamad Khir dihadapkan ke mahkamah, 6 Disember lalu.
Menurut beliau, surat pelantikan memangku tugas sudah pun diserahkan kepada Ramli dan salinan surat turut diberikan kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor.
‘‘Ibu Pejabat UMNO sudah hantar surat. Kesimpulannya mudah, kita sudah ada keputusan yang mana apabila ada yang dituduh di mahkamah, secara automatiknya akan hilang atau digantung tugas.
‘‘Dalam kes membabitkan Mohamad Khir, timbalannya akan pangku tugas beliau,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Titian Kasih Ketiga anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Subang di Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.
pemudatg kata: Bila pulak Anwar nak undur diri sebgai penasihat PKR? Selamba je muka poyo dia !
No comments:
Post a Comment