Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Wednesday, December 29, 2010

Siapa Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Yang Baharu?

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru, berkuat kuasa 1 Januari.
Mohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.
Tempat Mohd Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.


pemudatg kata: Kenapa pula calon pilihan pakatan tidak terpilih? ha ha ha... Nampak gaya nya kuasa semakin menipis hari demi hari... Petunjuk bahawa semakin tidak diterima di Selangor gamaknya ye...Dah confirm dah, nak protes apa nya...Pejabat DYMM Sultan Selangor dah mengesahkan...terima aje la....tak kan nak derhaka pulak dgn titah Tuanku.

No comments:

Post a Comment