Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Friday, December 10, 2010

Apa sudah jadi? Pelajar mula berdemo?


Putrajaya, 10 Disember 2010 
Apa sudah jadi? Pelajar mula berdemo? Suatu perkembangan yang mula bercambah setelah bibit-bibit reformasi dimulai.

Bagaimanakah penerimaan masyarakat mengenai amalan berdemonstrasi dikala ini? Biasa? Luar biasa? Atau biar-ajalah?
Kenaikan harga barang saban waktu berlaku seiring dengan peredaran waktu dan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Sebagai contoh, apakah nilai RM1 pada masa ini berbanding 30 tahun yang lalu?
Pastinya jauh berbeza dan manusia dapat mengadaptasinya seiring dengan kadar gaji yang juga turut berubah mengikut pasaran semasa.

Isu disini adalah, kenapa demo ini dilakukan pada saat yang mungkin hampir tibanya pilihanraya? Adakah motif demo ini dilakukan kerana memperjuangkan nasib rakyat jelata atau sekadar retorik politik semata-mata?

Timbul persoalan kepada kita semua, niat keikhlasan mereka yang berdemonstrasi?

Kenapa masjid digunakan sebagai tempat untuk berdemonstrasi? Sudah acapkali masjid menjadi lokasi berkumpul dan berhimpun untuk melakukan demo. Lebih mulia dan berkat sekiranya diadakan solat hajat didalam masjid dari mengadakan demo menjerit-jerit dan menimbulkan ketakutan kepada pengunjung-pengunjung masjid yang tidak ada kena mengena.

pemudatg kata: Belajar pandai2, lepas tu boleh jadi pakar ekonomi ke? Pakar pertanian ke? Boleh kasi turun harga barang2. Tapi jgn mintak gaji juta2 plak.

No comments:

Post a Comment