Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Thursday, December 16, 2010

Dua penyokong PKR ditahan cetus kekecohan depan Parlimen

                                                               Sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR 16 Dis. — Seramai 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kekecohan di hadapan bangunan Parlimen di sini hari ini dan cuba mengadakan perarakan tanpa permit menyebabkan dua daripada mereka ditahan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis telah memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai kerana mereka berarak tanpa permit tetapi mereka enggan menyebabkan daripada mereka ditahan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata perhimpunan bermula tengah hari apabila kumpulan itu cuba mengadakan perarakan untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebagai bantahan terhadap penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga anggota Parlimen pembangkang yang lain daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Polis kemudian memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai dan hanya membenarkan dua atau tiga orang sahaja untuk ke Suhakam tanpa mengganggu lalu lintas.
Memorandum itu kemudian dihantar oleh Anggota Parlimen Balik Pulau daripada PKR, Yusmadi Yussof,

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin serta Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut di sini pada 2.30 petang.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan dewan selama enam bulan kerana mengelirukan dewan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd, manakala tiga lagi anggota Parlimen pembangkang juga digantung enam bulan kerana menghina dewan. — Bernama

pemudatg kata: Peluang telah diberikan kepada Anwar, tetapi masih berdegil dan sewajarnya tindakan diambil sebagai peringatan kepada Ahli Parlimen yang lain.
Cegu cakap; Orang dah bagi peluang, tak nak ambik, bila dah tersepit nk salah kan orang lain. Tak pernah nya nak mengaku salah sendiri?

No comments:

Post a Comment