Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....
Friday, December 3, 2010
Penyampaian Memorandum GAPS kepada DYMM Sultan Selangor
Suasana cuaca panas pada jam 3.00 petang bertarikh 03 Disember 2010, tidak menghalang Rakyat Selangor untuk menyertai Penyampaian Memorandum GAPS kepada DYMM Sultan Selangor.
Walaupun terdapat sedikit sekatan dan halangan dikawasan sekitar jalan masuk utama, suasasa masih aman dan tiada sebarang kekecohan dan tidak menimbulkan ketidaktenteraman awam di sekitar pintu masuk Istana. Semangat membara mempertahankan Ketuanan Melayu membara di kalangan yang hadir pada hari tersebut. Ramai rakan-rakan terpaksa meletakkan kenderaan masing-masing di sebuah Hypermarket yang berhampiran dan berjalan kaki masuk ke jalan pintu masuk Istana.
Turut kelihatan juga Barisan dari UMBK, UMBSA dan lain-lain bersama menyertai. Diantaranya Timbalan Ketua Bahagian Klang, Tn Hj Nasaruddin Md Zin dan Ketua Pemuda Bahagian Klang, Saudara Zainuri Zakaria. Tak lupa juga Bro Aby..
Pemudatg kata: Saudara KP Zainuri, mana pergi menghilangnya Naib Ketua Pemuda Bahagian Klang...?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment