Rombakan kabinet..? Bila..? Betul ke KJ dilantik Menteri Penuh? Makin meriah lah dalam ruangan bloggers tentang KJ. Yang pasti...sendiri mau ingat la... Ingat apa? Lu pikir la sendiri !
NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin satu masa dahulu seorang yang rapat dengan bapa mertua KJ yang juga bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin beliau mahu memperbaiki kembali hubungan yang terjejas apabila beliau menjadi antara suara pendesak yang terkuat mahukan Abdullah berundur selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Sokongan kepada KJ mungkin boleh menjernihkan hubungan.
Semua maklumat ini penulis terima daripada rakan bloger (pro kerajaan) yang berpengaruh dalam satu pertemuan di Jakarta baru-baru ini (bukan di KL yea). Dikatakan KJ akan dilantik ke Kementerian Belia dan Sukan, satu kementerian yang tidak asing untuk golongan muda. Malah Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali menjadi Timbalan Menteri di Kementerian berkenaan. Sama ada ini berita baik atau berita buruk, masa yang akan menentukan. Kalau ambil kira secara kasar, perlantikan KJ mungkin dilihat satu kesilapan, tetapi tekanan yang terlalu kuat ke atas Perdana Menteri boleh memaksa beliau mengambil langkah yang tidak popular - sumber azli shukry today / Melayu Baru
No comments:
Post a Comment