Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, December 7, 2010

Khir Toyo serah surat letak jawatan esok

SHAH ALAM 7 Dis. - Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada Badan Perhubungan UMNO negeri, esok.


Katanya, beliau menyerahkan kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengisi jawatan itu.


"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor sebagaimana yang diumumkan menerusi laman blog saya di www.drkhir.com, semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, bekas Menteri Besar Selangor itu menerusi laman blognya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta.


Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang dan anggota jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri turut berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti. - Bernama

pemudatg kata: Siapakah bakal penggantinya? Tunggu.....

1 comment:

  1. Salam Perkenalan dan Salam Perjuangan,

    Terima kasih atas link kepada blok Tuan.

    Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada Tuan kerana berjuang dan terus berjuang walaupun segala rintangan yang datang.

    Tapi inilah sepak teranjang dalam perjuangan. Adakalanya kita gembira, adakalanya kita duka.
    Apabila gembira, kita jangan lupa duka dan apabila kita berduka, kita jangan lupa gembira.

    INSYAALLAH perjuangan yang berasaskan keikhlasan seperti Tuan akan mendapat keberkatan dari ALLAH SWBHT.

    Buah rambutan diluar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan.

    pemudatg

    ReplyDelete